Dalam
sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Luqman Hakim, menceritakan pada suatu
hari ada
|
seorang
telah datang berjumpa dengan Rasulullah S.A.W. kerana hendak memeluk agama
|
Islam.
Sesudah mengucapkan dua kalimah syahadat, lelaki itu lalu berkata :
|
"Ya
Rasulullah. Sebenarnya hamba ini selalu saja berbuat dosa dan payah hendak
|
meninggalkannya."
Maka Rasulullah menjawab : "Mahukah engkau berjanji bahwa engkau
|
sanggup
meninggalkan cakap bohong?"
|
"Ya,
saya berjanji" jawab lelaki itu singkat. Selepas itu, dia pun pulanglah
ke rumahnya.
|
Menurut
riwayat, sebelum lelaki itu memeluk agama Islam, dia sangat terkenal sebagai
seorang
|
yang
jahat. Kegemarannya hanyalah mencuri, berjudi dan meminum minuman keras. Maka
|
setelah
dia memeluk agama Islam, dia sedaya upaya untuk meninggalkan segala keburukan
itu.
|
Sebab
itulah dia meminta nasihat dari Rasulullah S.A.W.
|
Dalam
perjalanan pulang dari menemui Rasulullah S.A.W. lelaki itu berkata di dalam
hatinya :
|
"Berat
juga aku hendak meninggalkan apa yang dikehendaki oleh Rasulullah itu."
|
Maka
setiap kali hatinya terdorong untk berbuat jahat, hati kecilnya terus
mengejek.
|
"Berani
engkau berbuat jahat. Apakah jawapan kamu nanti apabila ditanya oleh
Rasulullah.
|
Sanggupkah
engkau berbohong kepadanya" bisik hati kecil. Setiap kali dia berniat
hendak
|
berbuat
jahat, maka dia teringat segala pesan Rasulullah S.A.W. dan setiap kali
pulalah hatinya
|
berkata
:
|
"Kalau
aku berbohong kepada Rasulullah bererti aku telah mengkhianati janjiku
padanya.
|
Sebaliknya
jika aku bercakap benar bererti aku akan menerima hukuman sebagai orang
Islam.
|
Oh
Tuhan....sesungguhnya di dalam pesanan Rasulullah itu terkandung sebuah hikmah
yang
|
sangat
berharga."
|
Setelah
dia berjuang dengan hawa nafsunya itu, akhirnya lelaki itu berjaya di dalam
|
perjuangannya
menentang kehendak nalurinya. Menurut hadis itu lagi, sejak dari hari itu
|
bermula
babak baru dalam hidupnya. Dia telah berhijrah dari kejahatan kepada
kemuliaan
|
hidup
seperti yang digariskan oleh Rasulullah S.A.W. Hingga ke akhirnya dia telah
berubah
|
Tidak ada komentar:
Posting Komentar