Ada
seorang perempuan tua yang taat beragama, tetapi suaminya seorang yang fasik
dan tidak
|
mahu
mengerjakan kewajipan agama dan tidak mahu berbuat kebaikan.
|
Perempuan
itu sentiasa membaca Bismillah setiap kali hendak bercakap dan setiap kali
dia
|
hendak
memulakan sesuatu sentiasa didahului dengan Bismillah. Suaminya tidak suka
dengan
|
sikap
isterinya dan sentiasa memperolok-olokkan isterinya.
|
Suaminya
berkata sambil mengejak, "Asyik Bismillah, Bismillah. Sekejap-sekejap
Bismillah."
|
Isterinya
tidak berkata apa-apa sebaliknya dia berdoa kepada Allah S.W.T. supaya
memberikan
|
hidayah
kepada suaminya. Suatu hari suaminya berkata : "Suatu hari nanti akan
aku buat kamu
|
kecewa
dengan bacaan-bacaanmu itu."
|
Untuk
membuat sesuatu yang memeranjatkan isterinya, dia memberikan wang yang banyak
|
kepada
isterinya dengan berkata, "Simpan duit ini." Isterinya mengambil
duit itu dan
|
menyimpan
di tempat yang selamat, di samping itu suaminya telah melihat tempat yang
|
disimpan
oleh isterinya. Kemudian dengan senyap-senyap suaminya itu mengambil duit
tersebut
|
dan
mencampakkan beg duit ke dalam perigi di belakang rumahnya.
|
Setelah
beberapa hari kemudian suaminya itu memanggil isterinya dan berkata,
"Berikan
|
padaku
wang yang aku berikan kepada engkau dahulu untuk disimpan."
|
Kemudian
isterinya pergi ke tempat dia menyimpan duit itu dan diikuti oleh suaminya
dengan
|
berhati-hati
dia menghampiri tempat dia menyimpan duit itu dia membuka dengan membaca,
|
"Bismillahirrahmanirrahiim."
Ketika itu Allah S.W.T. menghantar malaikat Jibrail A.S. untuk
|
mengembalikan
beg duit dan menyerahkan duit itu kepada suaminya kembali.
|
Alangkah
terperanjat suaminya, dia berasa bersalah dan mengaku segala perbuatannya
kepada
|
isterinya,
ketika itu juga dia bertaubat dan mula mengerjakan perintah Allah, dan dia
juga
|
membaca
Bismillah apabila dia hendak memulakan sesuatu kerja.
|
Tidak ada komentar:
Posting Komentar