Kisah
Seekor Ulat Dengan Nabi Daud A.S
|
Dalam
sebuah kitab Imam Al-Ghazali menceritakan pada suatu ketika tatkala Nabi Daud
A.S
|
sedang
duduk dalam suraunya sambil membaca kitab az-Zabur, dengan tiba-tiba dia
terpandang
|
seekor
ulat merah pada debu.
|
Lalu
Nabi Daud A.S. berkata pada dirinya, "Apa yang dikehendaki Allah dengan
ulat ini?"
|
Sebaik
saja Nabi Daud selesai berkata begitu, maka Allah pun mengizinkan ulat merah
itu
|
berkata-kata.
Lalu ulat merah itu pun mula berkata-kata kepada Nabi Daud A.S. "Wahai
Nabi
|
Allah!
Allah S.W.T telah mengilhamkan kepadaku untuk membaca 'Subhanallahu
|
walhamdulillahi
wala ilaha illallahu wallahu akbar' setiap hari sebanyak 1000 kali dan pada
|
malamnya
Allah mengilhamkan kepadaku supaya membaca 'Allahumma solli ala Muhammadin
|
annabiyyil
ummiyyi wa ala alihi wa sohbihi wa sallim' setiap malam sebanyak 1000 kali.
|
Setelah
ulat merah itu berkata demikian, maka dia pun bertanya kepada Nabi Daud A.S.
|
"Apakah
yang dapat kamu katakan kepadaku agar aku dapat faedah darimu?"
|
Akhirnya
Nabi Daud menyedari akan kesilapannya kerana memandang remeh akan ulat
|
tersebut,
dan dia sangat takut kepada Allah S.W.T. maka Nabi Daud A.S. pun bert aubat
dan
|
menyerah
diri kepada Allah S.W.T.
|
Begitulah
sikap para Nabi A.S. apabila mereka mentedari kesilapan yang telah dilakukan
maka
|
dengan
segera mereka akan bertaubat dan menyerah diri kepada Allah S.W.T.
Kisah-kisah yang
|
berlaku
pada zaman para nabi bukanlah untuk kita ingat sebagai bahan sejarah, tetapi
|
hendaklah
kita jadikan sebagai teladan supaya kita tidak memandang rendah kepada apa
saja
|
makhluk
Allah yang berada di bumi yang sama-sama kita tumpangi ini.
|
Tidak ada komentar:
Posting Komentar