Kisah
Bumi Dan Langit
|
Adapun
terjadinya peristiwa Israk dan Mikraj adalah kerana bumi merasa bangga dengan
langit.
|
Berkata
dia kepada langit, "Hai langit, aku lebih baik dari kamu kerana Allah
S.W.T. telah
|
menghiaskan
aku dengan berbagai-bagai negara, beberapa laut, sungai-sungai, tanam-anaman,
|
beberapa
gunung dan lain-lain."
|
Berkata
langit, "Hai bumi, aku juga lebih elok dari kamu kerana matahari, bulan,
bintang-
|
bintang,
beberapa falah, buruj, 'arasy, kursi dan syurga ada padaku."
|
Berkata
bumi, "Hai langit, ditempatku ada rumah yang dikunjungi dan untuk
bertawaf para
|
nabi,
para utusan dan arwah para wali dan solihin (orang-orang yang baik)."
|
Bumi
berkata lagi, "Hai langit, sesungguhnya pemimpin para nabi dan utusan
bahkan sebagai
|
penutup
para nabi dan kekasih Allah seru sekalian alam, seutama-utamanya segala yang
wujud
|
serta
kepadanya penghormatan yang paling sempurna itu tinggal di tempatku. Dan dia
|
menjalankan
syari'atnya juga di tempatku."
|
Langit
tidak dapat berkata apa-apa, apabila bumi berkata demikian. Langit mendiamkan
diri
|
dan
dia mengadap Allah S.W.T dengan berkata, "Ya Allah, Engkau telah
mengabulkan
|
permintaan
orang yang tertimpa bahaya, apabila mereka berdoa kepada Engkau. Aku tidak
|
dapat
menjawab soalan bumi, oleh itu aku minta kepada-Mu ya Allah supaya Muhammad
|
Engkau
dinaikkan kepadaku (langit) sehingga aku menjadi mulia dengan kebagusannya
dan
|
berbangga."
|
Lalu
Allah S.W.T mengabulkan permintaan langit, kemudian Allah S.W.T memberi wahyu
|
kepada
Jibrail A.S pada malam tanggal 27 Rejab, "Janganlah engkau (Jibrail)
bertasbih pada
|
malam
ini dan engkau 'Izrail jangan engkau mencabut nyawa pada malam ini."
|
Jibrail
A.S. bertanya, " Ya Allah, apakah kiamat telah sampai?"
|
Allah
S.W.T berfirman, maksudnya, "Tidak, wahai Jibrail. Tetapi pergilah
engkau ke Syurga dan
|
ambillah
buraq dan terus pergi kepada Muhammad dengan buraq itu."
|
Kemudian
Jibrail A.S. pun pergi dan dia melihat 40,000 buraq sedang bersenang-lenang
di
|
taman
Syurga dan di wajah masing-masing terdapat nama Muhammad. Di antara 40,000
buraq
|
itu,
Jibrail A.S. terpandang pada seekor buraq yang sedang menangis bercucuran air
matanya.
|
Jibrail
A.S. menghampiri buraq itu lalu bertanya, "Mengapa engkau menangis, ya
buraq?"
|
Berkata
buraq, "Ya Jibrail, sesungguhnya aku telah mendengar nama Muhammad sejak
40
|
tahun,
maka pemilik nama itu telah tertanam dalam hatiku dan aku sesudah itu menjadi
rindu
|
kepadanya
dan aku tidak mahu makan dan minum lagi. Aku laksana dibakar oleh api
|
kerinduan."
|
Berkata
Jibrail A.S., "Aku akan menyampaikan engkau kepada orang yang engkau
rindukan itu."
|
Kemudian
Jibrail A.S. memakaikan pelana dan k ekang kepada buraq itu dan membawanya
|
kepada
Nabi Muhammad S.A.W. Wallahu'alam.
|
Buraq
yang diceritakan inilah yang membawa Rasulullah S.A.W dalam perjalanan Israk
dan
|
Tidak ada komentar:
Posting Komentar