Kamis, 19 Desember 2013

Tujuh Macam Pahala Yang Dapat Dinikmatinya Selepas Matinya

Dari Anas r.a. berkata bahwa ada tujuh macam pahal a yang dapat dit erima seseorang itu
selepas matinya.
1. Sesiapa yang mendirikan masjid maka ia tetap pahalanya selagi masjid itu digunakan oleh
orang untuk beramal ibadat di dalamnya.
2. Sesiapa yang mengalirkan air sungai selagi ada orang yang minum daripadanya.
3. Sesiapa yang menulis mushaf ia akan mendapat pahala selagi ada orang yang
membacanya.
4. Orang yang menggali perigi selagi ada orang yang menggunakannya.
5. Sesiapa yang menanam tanam-tanaman selagi ada yang memakannya baik dari manusia
atau burung.
6. Mereka yang mengajarkan ilmu yang berguna selama ia diamalkan oleh orang yang
mempelajarinya.
7. Orang yang meninggalkan anak yang soleh yang mana ianya selalu mendoakan kedua
orang tuanya dan beristighfar baginya



8. yakni anak yang selalu diajari ilmu Al-Qur'an maka orang yang mengajarnya akan
mendapat pahala selagi anak itu mengamalkan ajaran-ajarannya tanpa mengurangi
pahala anak itu sendiri.
Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah S.A.W. telah bersabda : "Apabila telah mati anak Adam
itu, maka terhentilah amalnya melainkan tiga macam :
1. Sedekah yang berjalan terus (Sedekah Amal Jariah)
2. Ilmu yang berguna dan diamalkan.
3. Anak yang soleh yang mendoakan baik baginya.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar