Kisah
Unta Mematahkan Rancangan Abu Jahal Untuk Membunuh Rasulullah
|
S.A.W
|
Setelah
pelbagai usaha oleh kaum Quraisy untuk menyekat dan menghapuskan penyebaran
|
agama
Islam menemui kegagalan, maka Abu Jahal semakin benci terhadap Rasulullah
S.A.W.
|
Kebencian
Abu Jahal ini tidak ada tolok bandingnya, malah melebihi kebencian Abu Lahab
|
terhadap
Ras ulullah S.A.W.
|
Melihatkan
agama Islam semakin tersebar, Abu Jahal pun berkata kepada kaum Quraisy di
|
dalam
suatu perhimpunan, "Hai kaumku! Janganlah sekali -kali membiarkan
Muhammad
|
menyebarkan
ajaran barunya dengan sesuka hatinya. Ini adalah kerana dia telah menghina
|
agama
nenek moyang kita, dia mencela tuhan yang kita sembah. Demi Tuhan, aku
berjanji
|
kepada
kamu sekalian, bahwa esok aku akan membawa batu ke Masjidil Haram untuk
|
dibalingkan
ke kepala Muhammad ketika dia sujud. Selepas itu, terserahlah kepada kamu
|
semua
samada mahu menyerahkan aku kepada keluarganya atau kamu membela aku dari
|
ancaman
kaum kerabatnya. Biarlah orang-orang Bani Hasyim bertindak apa yang mereka
sukai."
|
Tatkala
mendengar jaminan daripada Abu Jahal, maka orang ramai yang menghadiri
|
perhimpunan
itu berkata secara serentak kepadanya, "Demi Tuhan, kami tidak akan
sekali-kali
|
menyerahkan
engkau kepada keluarga Muhammad. Teruskan niatmu."
|
Orang
ramai yang menghadiri perhimpunan itu merasa bangga mendengar kata-kata yang
|
diucapkan
oleh Abu Jahal bahwa dia akan menghapuskan Muhammad kerana jika Abu Jahal
|
berjaya
menghapuskan Nabi Muhammad S.A.W bererti akan terhapuslah segala keresahan
dan
|
kesusahan
mereka selama ini yang disebabkan oleh kegiatan Rasulullah S.A.W menyebarkan
|
agama
Islam di kalangan mereka.
|
Dalam
pada itu, terdapat juga para hadirin di situ telah mengira-ngira perbelanjaan
untuk
|
mengadakan
pesta sekiranya Nabi Muhammad S.A.W berjaya dihapuskan. Pada pandangan
|
mereka
adalah mudah untuk membunuh Nabi Muhammad S.A.W yang dikasihi oleh Tuhan Yang
|
Maha
Esa serta sekalian penghuni langit. Padahal Allah tidak akan sekali-kali
membiarkan
|
kekasih-Nya
diancam dan diperlakukan seperti binatang.
|
Dengan
perasaan bangga, keesokan harinya di sebelah pagi, Abu Jahal pun terus pergi
ke
|
Kaabah
iaitu tempat biasa Nabi Muhammad S.A.W bersembahyang. Dengan langkahnya
seperti
|
seorang
satria, dia berjalan dengan membawa seketul batu besar di tangan sambil
diiringi oleh
|
beberapa
orang Quraisy yang rapat dengannya. Tujuan dia mengajak kawan-kawannya ialah
|
untuk
menyaksikan bagaimana nanti dia akan menghempapkan batu itu di atas kepala
Nabi
|
Muhammad
S.A.W.
|
Sepanjang
perjalanan itu dia membayangkan bagaimana keadaan Nabi Muhammad nanti setelah
|
kepalanya
dihentak oleh batu itu. Dia tersenyum sendirian apabila membayangkan kepala
Nabi
|
Muhammad
S.A.W pecah dan tidak bergerak lagi. Dan juga membayangkan bagaimana kaum
|
QUraisy
akanmenyambutnya sebagai pahlawan yang telah berjaya membunuh musuh nombor
|
satu
mereka.
|
Sebaik
saja Abu Jahal tiba di perkarangan Masjidil Haram, dilihatnya Rasulullah
S.A.W baru saja
|
sampai
dan hendak mengerjakan sembahyang. Dalam pada itu, Nabi Muhammad S.A.W tidak
|
menyedari
akan kehadiran Abu Jahal dan kawan-kawannya di situ. Baginda tidak pernah
terfikir
|
apa
yang hendak dilakukan oleh Abu Jahal terhadap dirinya pada hari itu.
|
Sebaik-baik
saja Abu Jahal melihat Rasulullah S.A.W telah mula bersembahyang, dia
berjalan
|
perlahan-lahan
dari arah belakang menuju ke arah Nabi Muhammad S.A.W. Abu Jahal
|
melangkah
dengan berhati-hati, setiap pergerakannya dijaga, takut disadari oleh
baginda.
|
Dari
jauh kawan-kawan Abu Jahal memerhatikan dengan perasaan cemas bercampur
gembira.
|
Dalam
hati mereka berkata, "Kali ini akan musnahlah engkau hai Muhammad."
|
Sebaik
saja Abu Jahal hendak menghampiri Nabi Muhammad S.A.W dan menghayun batu yang
|
dipegangnya
itu, tiba-tiba secepat kilat dia berundur ke belakang. Batu yang dipegangnya
juga
|
jatuh
ke tanah. Mukanya yang tadi merah kini menjadi pucat lesi s eolah-olah tiada
berdarah
|
lagi.
Rakan-rakannya yang amat ghairah untuk melihat Nabi Muhammad S.A.W terbunuh,
|
tercengang
dan saling berpandangan.
|
Kaki
Abu Jahal seolah-olah terpaku ke bumi. Dia tidak dapat melangkahkan kaki
walaupun
|
setapak.
Melihatkan keadaan itu, rakan-rakannya segera menarik Abu Jahal dari situ
sebelum
|
disadari
oleh baginda. Abu Jahal masih terpinga-pinga dengan kejadian yang dialaminya.
|
Sebaik
saja dia sedar dari kejutan peristiwa tadi, rakan-rakannya tidak sabar untuk
mengetahui
|
apakah
sebenarnya yang telah berlaku. Kawannya bertanya, "Apakah sebenarnya
yang terjadi
|
kepada
engkau, Abu Jahal? Mengapa engkau tidak menghempapkan batu itu ke kepala
|
Muhammad
ketika dia sedang sujud tadi?"
|
Akan
tetapi Abu Jahal tetap membisu, rakan-rakannya semakin keheranan. Abu Jahal
yang
|
mereka
kenali selama ini seorang yang lantang berpidato dan menyumpah seranah Nabi
S.A.W,
|
tiba-tiba
saja diam membisu.
|
Dalam
pada itu, Abu Jahal masih terbayang-bayang akan kejadian yang baru menimpanya
tadi.
|
Dia
seolah-olah tidak percaya dengan apa yang dilihatnya, malah dia sendiri tidak
menyangka
|
perkara
yang sama akan berulang menimpa dirinya.
|
Perkara
yang sama pernah menimpa Abu Jahal sewaktu Rasulullah S.A.W pergi ke rumah
Abu
|
Jahal
apabila seorang Nasrani mengadu kepada baginda bahwa Abu Jahal telah merampas
|
hartanya.
Pada masa itu Abu Jahal tidak berani berkata apa-apa pada baginda apabila dia
|
terpandang
dua ekor harimau menjadi pengawal peribadi Rasulullah S.A.W.
|
Kemudian
setelah habis mereka menghujani Abu Jahal dengan pelbagai soalan, maka Abu
Jahal
|
pun
mula bersuara, "Wahai sahabatku! Untuk pengetahuan kamu semua, sebaik
saja aku
|
menghampiri
Muhammad hendak menghempapkan batu itu ke kepalanya, tiba-tiba muncul
|
seekor
unta yang besar hendak menendang aku. Aku amat terkejut kerana belum pernah
|
melihat
unta yang sebegitu besar seumur hidupku. Sekiranya aku teruskan niatku,
nescaya akan
|
matilah
aku ditendang oleh unta itu, sebab itulah aku berundur dan membatalkan
niatku."
|
Rakan-rakan
Abu Jahal berasa amat kecewa mendengar penjelasan itu, mereka tidak
|
menyangka
orang yang selama ini gagah dan beria-ia hendak membunuh Nabi Muhammad S.A.W
|
hanya
tinggal kata-kata saja. Orang yang selama ini diharapkan boleh menghapuskan
Nabi
|
Muhammad
S.A.W dan pengaruhnya hanya berupaya bercakap seperti tin kosong saja.
|
Setelah
mendengar penjelasan dari Abu Jahal yang tidak memuaskan hati itu, maka
mereka
|
pun
berkata kepada Abu Jahal dengan perasaan keheranan, "Ya Abu Jahal,
semasa kau
|
menghampiri
Muhammad t adi, kami memerhatikan engkau dari jauh tetapi kai tidak napak
|
akan
unta yang engkau katakan itu. Malah bayangnya pun kami tidak nampak."
|
Rakan-rakan
Abu Jahal mula sangsi dengan segala keterangan yang diberikan oleh Abu Jahal.
|
Mereka
menyangka Abu Jahal sentiasa mereka-reka cerita yang karut itu, mereka mula
hilang
|
kepercayaan
terhadapnya. Akhirnya segala kata-kata Abu Jahal mereka tidak berapa endahkan
|
Tidak ada komentar:
Posting Komentar