Kamis, 02 Januari 2014

Penderitaan Yang Dialami Oleh Abu Hurairah


Penderitaan Yang Dialami Oleh Abu Hurairah
Pada suatu hari Abu Hurairah sedang membersihkan hidungnya dengan sehelai sapu tangan yang
cantik. Kemudian dia bercakap seorang diri. "Ah, lihat akan Abu Hurairah, dia membersihkan
hidungnya dengan sehelai sapu tangan yang cantik. Teringat aku semasa aku biasanya berbaring
di antara mimbar dengan rumah Nabi. Orang menyangka aku menghidap penyakit sawan. Tetapi
sebenarnya aku sedang menderita kelaparan."
Abu Hurairah mengalami kelaparan selama beberapa hari. Kadang-kadang kelaparan yang
dihadapinya begitu dahsyat hingga ia jatuh pengsan. Orang yang melihat keadaannya
menyangka ia terkena penyakit sawan.
Pada masa itu penderita-penderita penyakit sawan diubati dengan meletakkan kaki di lehernya.
Penderitaan Abu Hurairah ini berlaku semasa Islam mula bertapak di Tanah Arab. Apabila Islam
telah tersebar dengan luasnya, keadaan hidupnya agak mewah sedikit.
Dia merupakan seorang yang sangat warak dan suka menunaikan sembahyang-sembahyang
nafilah. Dia mempunyai sebuah uncang yang penuh dengan biji-biji buah tamar yang digunakan
untuk berzikir. Di rumahnya sentiasa terdapat orang yang sibuk bersembahyang.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar