Kamis, 02 Januari 2014

Nabi Ilyas A.S Dan Malaikat


Nabi Ilyas A.S Dan Malaikat
Ketika sedang berehat datanglah malaikat kepada Nabi Ilyas A.S. Malaikat itu datang untuk
menjemput ruhnya. Mendengar berita itu, Ilyas menjadi sedih dan menangis.
"Mengapa engkau bersedih?" tanya malaikat maut.
"Tidak tahulah." Jawab Ilyas.
"Apakah engkau bersedih kerana akan meninggalkan dunia dan takut menghadapi maut?" tanya
malaikat.
"Tidak. Tiada sesuatu yang aku sesali kecuali kerana aku menyesal tidak boleh lagi berzikir
kepada Allah, sementara yang masih hidup boleh terus berxikir memuji Allah," jawab Ilyas.
Saat itu Allah lantas menurunkan wahyu kepada malaikat agar menunda pencabutan nyawa itu
dan memberi kesempatan kepada Nabi Ilyas berzikir sesuai dengan permintaannya. Nabi Ilyas
ingin terus hdup semata-mata kerana ingin berzikir kepada Allah. Maka berzikirlah Nabi Ilyas
sepanjang hidupnya.
"Biarlah dia hidup di taman untuk berbisik dan mengadu serta berzikir kepada-Ku sampai akhir
nanti." Kata Allah.
BANGUNAN YANG TIDAK ROSAK DAN PEMILIK YANG TIDAK BOLEH MATI
Diriwayatkan seorang raja berhasil membangunkan kota dengan segala keperluannya yang
cukup megah. Kemudian raja itu mengundang rakyatnya untuk berpesta ria menyaksikan kota
itu. Pada setiap pintu, penjaga diperintahkan untuk menanyai setiap pengunjung adakah cela
dan kekurangan kota yang dibangunnya itu.
Hampir seluruh orang yang ditanyai tidak ada cacat dan celanya. Tetapi ada sebahagian
pengunjung yang menjawabnya bahwa kota itu mengandungi dua cacat celanya. Sesuai dengan
perintah raja, mereka ditahan untuk dihadapkan kepada raja.
"Apa lagi cacat dan cela kota ini?" tanya raja.
"Kota itu akan rosak dan pemiliknya akan mati." Jawab orang itu. Tanya raja, "Apakah ada kota
yang tidak akan rosak dan pemiliknya tidak akan mati?"
"Ada. Bangunan yang tidak boleh rosak selamanya dan pemiliknya tidak akan mati." Jawab
mereka.
"Segera katakan apakah itu." Desak raja.
"Syurga dan Allah pemiliknya," jawabnya tegas.
Mendengar cerita tentang syurga dan segala keindahannya itu, sang raja menjadi tertarik dan
merinduinya. Apa lagi ketika mereka menceritakan tentang keadaan neraka dan azabnya bagi
manusia yang sombong dan ingin menandingi Tuhan. Ketika mereka mengajak raja kembali ke
jalan Allah, raja itu pun ikhlas mengikutinya. Ditinggalkan segala kemegahan kerajaannya dan
jadilah ia hamba yang taat dan beribadah kepada Allah.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar