Rabu, 01 Januari 2014

Pahala Membantu Tetangga Dan Anak Yatim


Pahala Membantu Tetangga Dan Anak Yatim
Pada suatu masa ketika Abdullah bin Mubarak berhaji, tertidur di Masjidil Haram. Dia telah
bermimpi melihat dua malaikat turun dari langit lalu yang satu berkata kepada yang lain,
"Berapa banyak orang-orang yang berhaji pada tahun ini?"
Jawab yang lain, "Enam ratus ribu."
Lalu ia bertanya lagi, "Berapa banyak yang diterima ?"
Jawabnya, "Tidak seorang pun yang diterima, hanya ada seorang tukang sepatu dari Damsyik
bernama Muwaffaq, dia tidak dapat berhaji, tetapi diterima hajinya sehingga semua yang haji
pada tahun itu diterima dengan berkat hajinya Muwaffaq."
Ketika Abdullah bin Mubarak mendengar percakapannya itu, maka terbangunlah ia dari
tidurnya, dan langsung berangkat ke Damsyik mencari orang yang bernama Muwaffaq itu
sehingga ia sampailah ke rumahnya. Dan ketika diketuknya pintunya, keluarlah seorang lelaki
dan segera ia bertanya namanya.
Jawab orang itu, "Muwaffaq."
Lalu abdullah bin Mubarak bertanya padanya, "Kebaikan apakah yang telah engkau lakukan
sehingga mencapai darjat yang sedemikian itu?"
Jawab Muwaffaq, "Tadinya aku ingin berhaji tetapi tidak dapat kerana keadaanku, tetapi
mendadak aku mendapat wang tiga ratus diirham dari pekerjaanku membuat dan menampal
sepatu, lalau aku berniat haji pada tahun ini sedang isteriku pula hamil, maka suatu hari dia
tercium bau makanan dari rumah jiranku dan ingin makanan itu, maka aku pergi ke rumah
jiranku dan menyampaikan tujuan sebenarku kepada wanita jiranku itu.
Jawab jiranku, "Aku terpaksa membuka rahsiaku, sebenarnya anak-anak yatimku sudah tiga hari
tanpa makanan, kerana itu aku keluar mencari makanan untuk mereka. Tiba-tiba bertemulah
aku dengan bangkai himar di suatu tempat, lalu aku potong sebahagiannya dan bawa pulang
untuk masak, maka makanan ini halal bagi kami dan haram untuk makanan kamu."
Ketika aku mendegar jawapan itu, aku segera kembali ke rumah dan mengambil wang tiga
ratus dirham dan keserahkan kepada jiranku tadi s eraya menyuruhnya membelanjakan wang itu
untuk keperluan anak-anak yatim yang ada dalam jagaannya itu.
"Sebenarnya hajiku adalah di depan pintu rumahku." Kata Muwaffaq lagi.
Demikianlah cerita yang sangat berkesan bahwa membantu jiran tetangga yang dalam
kelaparan amat besar pahalanya apalagi di dalamnya terdapat anak-anak yatim.
Rasulullah ada ditanya, "Ya Rasullah tunjukkan padaku amal perbuatan yang bila kuamalkan
akan masuk syurga."
Jawab Rasulullah, "Jadilah kamu orang yang baik."
Orang itu bertanya lagi, "Ya Rasulullah, bagaimanakah akan aku ketahui bahwa aku telah
berbuat baik?"
Jawab Rasulullah, "Tanyakan pada tetanggamu, maka bila mereka berkata engkau baik maka
engkau benar-benar baik dan bila mereka berkata engkau jahat, maka engkau sebenarnya
jahat.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar