Rabu, 01 Januari 2014

Makanan Dari Hasil Tilik


Makanan Dari Hasil Tilik


Abu Bakar mempunyai seorang hamba yang menyerahkan sebahagian daripada pendapatan
hariannya kepadanya sebagai tuan. Pada suatu hari hambanya telah membawa makanan yang
dimakannya sedikit oleh Abu Bakar. Hambanya berkata, "Kamu selalu bertanya tentang sumber
makanan yang aku bawa, tetapi hari ini kamu tidak berbuat demikian ?"
Abu Bakar menjawab, "Aku terlalu lapar sehingga aku lupa bertanya. Terangkanlah kepada aku
di mana kamu mendapat makanan ini ?"
Hamba menjawab, "Sebelum aku memeluk Islam, aku menjadi tukang tilik. Orang-orang yang
aku tilik nasibnya kadang-kadang tidak boleh membayar wang kepadaku. Mereka berjanji
membayarnya apabila saja memperolehi. Aku berjumpa dengan mereka hari ini. Merekalah
yang memberikan aku makanan ini."
Mendengar kata-kata hambanya, Abu Bakar memekik, "Ah! Nyaris-nyaris kau bunuh aku."
Kemudian dia cuba mengeluarkan makanan yang telah ditelannya. Ada orang yang
mencadangkan supaya dia mengisi perutnya dengan air dan kemudian memuntahkan makanan
yang ditelannya tadi. Cadangan ini diterima dan dilaksanakannya sehingga makanan itu
dimuntahkan keluar.
Kata seorang pemerhati, "Semoga Allah mencucuri rahmat ke atasmu. Kamu telah bersusah-
payah kerana makanan yang sedikit."
"Aku sudah pasti memaksanya keluar walaupun dengan berbuat demikian aku mungkin
kehilangan jiwaku sendiri. Aku mendengar Nabi berkata, "Badan yang tumbuh subur dengan
makanan haram akan merasai api neraka. Oleh kerana itulah maka aku memaksa makanan itu
keluar takut kalau-kalau ia menyuburkan badanku."

Tidak ada komentar:

Posting Komentar