Rabu, 01 Januari 2014

Pahlawan Neraka


Pahlawan Neraka
Suatu hari satu pertempuran telah berlaku di antara pihak Islam dengan pihak Musyrik. Kedua-
dua belah pihak berjuang dengan hebat untuk mengalahkan antara satu sama lain. Tiba saat
pertempuran itu diberhentikan seketika dan kedua-dua pihak pulang ke markas masing-masing.
Di sana Nabi Muhammad S.A.W dan para sahabat telah berkumpul membincangkan tentang
pertempuran yang telah berlaku itu. Peristiwa yang baru mereka alami itu masih terbayang-
bayang di ruang mata. Dalam perbincangan itu, mereka begitu kagum dengan salah seorang
dari sahabat mereka iaitu, Qotzman. Semasa bertempur dengan musuh, dia kelihatan seperti
seekor singa yang lapar membaham mangsanya. Dengan keberaniannya itu, dia telah menjadi
buah mulut ketika itu.
"Tidak seorang pun di antara kita yang dapat menandingi kehebatan Qotzman," kata salah
seorang sahabat.


Mendengar perkataan itu, Rasulullah pun menjawab, "Sebenarnya dia itu adalah golongan
penduduk neraka."
Para sahabat menjadi heran mendengar jawapan Rasulullah itu. Bagaimana seorang yang telah
berjuang dengan begitu gagah menegakkan Islam boleh masuk dalam neraka. Para sahabat
berpandangan antara satu sama lain apabila mendengar jawapan Rasulullah itu.
Rasulullah sedar para sahabatnya tidak begitu percaya dengan ceritanya, lantas baginda
berkata, "Semasa Qotzman dan Aktsam keluar ke medan perang bersama-sama, Qotzman telah
mengalami luka parah akibat ditikam oleh pihak musuh. Badannya dipenuhi dengan darah.
Dengan segera Qotzman meletakkan pedangnya ke atas tanah, manakala mata pedang itu pula
dihadapkan ke dadanya. Lalu dia terus membenamkan mata pedang itu ke dalam dadanya."
"Dia melakukan perbuatan itu adalah kerana dia tidak tahan menanggung kesakitan akibat dari
luka yang dialaminya. Akhirnya dia mati bukan kerana berlawan dengan musuhnya, tetapi
membunuh dirinya s endiri. Melihatkan keadaannya yang parah, ramai orang menyangka yang
dia akan masuk syurga. Tetapi dia telah menunjukkan dirinya sebagai penduduk neraka."
Menurut Rasulullah S.A.W lagi, sebelum dia mati, Qotzman ada mengatakan, katanya, "Demi
Allah aku berperang bukan kerana agama tetapi hanya sekadar menjaga kehormatan kota
Madinah supaya tidak dihancurkan oleh kaum Quraisy. Aku berperang hanyalah untuk membela
kehormatan kaumku. Kalau tidak kerana itu, aku tidak akan berperang."
Riwayat ini telah dirawikan oleh Luqman Hakim.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar