Kamis, 02 Januari 2014

Saudara Mara, Kekayaan Dan Amal Perbuatan


Saudara Mara, Kekayaan Dan Amal Perbuatan
Kata Kumail, "Saya bersama-sama Ali telah berjalan ke arah padang pasir pada suatu hari. Dia
telah mendekati tanah perkuburan yang terdapat di situ sambil berkata, "Ya ahli-ahli kubur !
Wahai kamu yang telah menghuni di tempat sunyi ini ! Bagaimanakah keadaan kamu di dunia
sana ?Setahu kami segala harta peninggalan kamu telah habis dibahagi-bahagikan, anak-anak
kamu telah menjadi yatim dan janda-janda yang kamu tinggalkan telahpun berkahwin s emula.
Sekarang ceritakan sedikit perihal diri kamu."
Kemudian sambil menoleh kepada saya, dia berkata, "Ya Kumail! Seandainya mereka boleh
bercakap sudah tentu mereka akan mengatakan sebaik-baik bekalan ialah taqwa." Airmata
berhamburan dari kedua-dua belah matanya. Katanya lagi, "Ya Kumail, perkuburan merupakan
tempat menyimpan segala perbuatan manusia. Tetapi kita menyedari hakikat ini hanya selepas
memasukinya."
Mengikut sebuah hadith tiap-tiap manusia akan menemui perbuatan-perbuatannya yang baik.
Perbuatan-perbuatan baiknya itu akan berupa seorang manusia yang akan menjadi sahabat dan
penawar hatinya. Sebaliknya kejahatan-kejahatannya akan berupa seekor binatang yang hodoh
yang mengeluarkan bau yang busuk dan yang menambahkan kesengsaraannya. Nabi s.a.w telah
bersabda dalam sebuah hadith, "Hanya tiga benda saja yang mengikuti seseorang ke kuburnya;
harta-bendanya, kaum kerabatnya dan amal perbuatannya. Harta benda dan akrib kerabatnya
akan kembali selepas upacara pengkebumiannya. Yang tinggal bersama-samanya hanyalah
amalannya saja."


Pada suatu hari Nabi s.a.w telah bertanya kepada para sahabatnya, "Tahukah kamu tentang
perhubunganmu dengan saudara-maramu, kekayaan dan amal perbuatanmu ?"
Sahabat-sahabat semua ingin mendengar penjelasan baginda. Nabi pun berkata, "Perhubungan
itu bolehlah diumpamakan dengan perhubungan seorang manusia dengan tiga orang adik -
beradiknya. Apbila manusia hampir-hampir hendak mati dia pun memanggil salah seorang
daripada saudara-saudaranya tadi lalu berkata, "Saudara, engkau tahu keadaan aku bukan ?
Apakah pertolongan yang dapat engkau berikan aku ?" Saudaranya menjawab, "Aku akan
memanggil doktor untuk merawati kamu dan aku akanmenjaga kamu. Kalau engkau mati, aku
akan mandikan kamu, mengkafankan kamu serta mengusung jenazahmu ke perkuburan.
Kemudian aku akan mendoakan kamu. Saudaranya ini ialah kaum kerabatnya. Soalan yang sama
dikemukakan kepada saudaranya yang kedua. Jawapannya begini, "Aku akan berada bersama-
sama dengan engkau selama engkau masih bernyawa. Sebaik-baik saja engkau meninggal, aku
akan pergi kepada orang lain." Saudaranya yang kedua ini ialah harta kekayaannya. Apabila
soalan itu dihadapkan kepada saudaranya yang ketiga, dia menjawab, "Aku tidak akan
meninggalkan kamu walaupun di dalam kubur. Aku akan bersama-sama kamu ke tempat itu.
Ketika amal perbuatanmu dipertimbangkan, aku akan memberatkan perbuatanmu yang baik."
Saudara yang terakhir ini ialah kebaktian yang telah diperbuatkan. Sekarang yang mana satu
yang menjadi pilihanmu ?" Jawab para sahabat, "Ya Rasulullah tidak syak lagi yang saudaranya
yang terakhir ialah yang paling berguna untuk dirinya."

Tidak ada komentar:

Posting Komentar