Rabu, 01 Januari 2014

Riak Memusnahkan Pahala


Riak Memusnahkan Pahala
Syidad bin Ausi berkata, "Suatu hari saya melihat Rasulullah S.A.W sedang menangis, lalu saya
pun bertanya beliau, Ya Rasulullah, mengapa anda menangis?"
Sabda Rasulullah S.A.W, "Ya Syidad, aku menangis kerana khuatir terhadap umat ku akan
perbuatan syirik, ketahuilah bahwa mereka itu tidak menyembah berhala tetapi mereka
berlaku riak dengan amalan perbuatan mereka."
Rasulullah bersabda lagi, "Para malaikat penjaga akan naik membawa amal perbuatan para
hamba dari puasanya, solatnya, dermanya dan sebagainya. Para malaikat itu mempunyai suara
seperti suara lebah dan mempunyai sinar matahari dan bersama mereka itu 3,000 malaikat dan
mereka membawa ke langit ketujuh."
Malaikat yang diserahi ke langit berkata kepada para malaikat penjaga, "Berdirilah kamu semua
dan pukulkanlah amal perbuatan ini ke muka pemiliknya dan semua anggotanya dan tutuplah
hatinya, sungguh saya menghalangi sampainya kepada Tuhan saya setiap amal perbuatan yang
tidak dikehendaki untuk Tuhan selain daripada Allah (membuat sesuatu amal bukan kerana
Allah)."
"Berlaku riak di kalangan ahli fiqh adalah kerana inginkan ketinggian supaya mereka menjadi
sebutan. Di kalangan para ulama pula untuk menjadi popular di kota dan di kalangan umum.
Allah S.W.T telah memerintahkan agar saya tidak membiarkan amalnya melewati saya akan
sampai selain kepada saya."
Malaikat penjaga membawa amal orang-orang soleh dan kemudian dibawa oleh malaikat di
langit sehingga terbuka semua aling-aling dan sampai kepada Allah S.W.T. Mereka berhenti di
hariban Allah dan memberikan persaksian terhadap amal orang tersebut yang betul-betul soleh
dan ikhlas kerana Allah.
Kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud, "Kamu semua adalah para malaikat Hafazdah
(malaikat penjaga) pada amal-amal perbuatan hamba-Ku, sedang Aku-lah yang mengawasi dan
mengetahui hatinya, bahwa sesungguhnya dia menghendaki amal ini bukan untuk-Ku, laknat
para malaikat dan laknat s egala sesuatu di langit.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar