Kamis, 02 Januari 2014

Orang Yang Paling Berani


Orang Yang Paling Berani
Al Bazzar meriwayatkan dalam kitab Masnadnya dari Muhammad bin Aqil katanya, "Pada suatu
hari Ali bin Abi Talib pernah berkhutbah di hadapan kaum Muslimin dan beliau berkata, "Hai
kaum Muslimin, siapakah orang yang paling berani ?"
Jawab mereka, "Orang yang paling berani adalah engkau sendiri, hai Amirul Mukminin."
Kata Ali, "Orang yang paling berani bukan aku tapi adalah Abu Bakar. Ketika kami membuatkan
Nabi gubuk di medan Badar, kami tanyakan siapakah yang berani menemankan Rasulullah s.a.w
dalam gubuk itu dan menjaganya dari serangan kaum Musyrik ? Di saat itu tiada seorang pun
yang bersedia melainkan Abu Bakar sendiri. Dan beliau menghunus pedangnya di hadapan Nabi
untuk membunuh siapa saja yang mendekati gubuk Nabi s.a.w. Itulah orang yang paling berani."
"Pada suatu hari juga pernah aku menyaksikan ketika Nabi sedang berjalan kaki di kota Mekah,
datanglah orang Musyrik sambil menghalau beliau dan menyakiti beliau dan mereka berkata,
"Apakah kamu menjadikan beberapa tuhan menjadi satu tuhan ?" Di saat itu tidak ada seorang
pun yang berani mendekat dan membela Nabi selain Abu Bakar. Beliau maju ke depan dan
memukul mereka sambil berkata, "Apakah kamu hendak membunuhorang yang bertuhankan
Allah ?"
Kemudian sambil mengang kat kain selendangnya beliau mengusap air mat anya. Kemudian Ali
berkata, "Adakah orang yang beriman dari kaum Firaun yang lebih baik daripada Abu Bakar ?"
Semua jamaah diam saja tidak ada yang menjawab. Jawab Ali selanjutnya, "Sesaat dengan Abu
Bakar lebih baik daripada orang yang beriman dari kaum Firaun walaupun mereka sepuluh
dunia, kerana orang beriman dari kaum Firaun hanya menyembunyikan imannya sedang Abu
Bakar menyiarkan imannya."

Tidak ada komentar:

Posting Komentar